TAJUK : PENCEMARAN UDARA
NAMA PELAJAR : NUR ADILA BINTI BAKRI
NO MATRIK : 25DSK13F2007
DEFINISI
Pencemaran udara bermaksud satu keadaan yang melibatkan
bahan kimia,jirim zarahan yang terkandung dalam udara sehingga berlakunya
perubahan dan ketidakselesaan. Bahan-bahan tersebut terampai di udara dan
memberi kesan negative kepada manusia,tumbuhan dan haiwan. Bahan-bahan ini akan
memasuki ke dalam tubuh manusia melalui pernafasan dan berupaya menyekat
pengaliran oksigen ke dalam salur-salur darah. Menurut Wark dan Warner(1901)pencemaran udara sebagai
kehadiran satu atau lebih bahan pencemar atau gabungannya didalam atmosfera
dalam kuantiti tertentu pada suatu jangka waktu yang boleh menyebabkan darurat
kepada kehidupan manusia,haiwan atau menganggu suasana kehidupan. Menurut Wikipedia Bahasa melayu,pencemaran udara ialah
pelepasan bahan kimia berbahaya ke dalam atmosfera.
JENIS BAHAN PENCEMAR
Sulfur dioksida,karbon monoksida,nitrogen dioksida dan
ozon,allergen dan plumbum dan logam-logam lain.
JENIS PENCEMARAN UDARA
Pencemaran udara primer
- Satu penghasilan sulfur monoksida dan karbon monoksida akibat daripada proses pembakaran yang tidak lengkap. Proses ini menyebabkan zarah-zarah yang halus akan terampai-ampai di udara dan member kesan negative kepada kesihatan manusia. Kebiasaan pencemaran ini dibebaskan melalui ekzos kenderaan,kawasan industry dan penggunaan dapur arang atau kayu.
Pencemaran udara sekunder
- Satu tindakbalas sulfur dioksida yang bergabung dan terus membentuk bersama gas-gas yang tidak diperlukan oleh benda hidup. Sulfur dioksida memerlukan gas seperti karbon monoksida dan sulfur monoksida untuk membentuk gas-gas lain. Contohnya gabungan sulfur dioksida,sulfur monoksida dan wap air akan menghasilkan asid sulfuric. Tindakbalas antara pencemar primer dengan gas terampai di atmosfera akan menghasilkan peroksid asetil nirat (PAN).
PUNCA PENCEMARAN UDARA
Pencemaran udara boleh berpunca daripada pelepasan asap
kenderaan,penghasilan bahan pencemaran oleh kilang asbestos,simen atau bateri
kereta. Selain itu,pembakaran di tempat pelupusan,pembakaran terbuka di Bandar
dan pembakaran hutan yang berleluasa juga boleh menyebabkan pencemaran udara
berlaku. Bahan-bahan seperti sampah sarap,sisa makanan dan sebagainya juga dapat
mendorong berlakunya pencemaran udara melalui aktiviti-aktiviti manusia seperti
pembakaran sampah. Ada sesetengah masyarakat yang masih menggunakan kaedah
memasak cara lama iaitu penggunaan arang atau kayu untuk memasak juga mendorong
berlaku pencemaran tersebut. Pencemaran tersebut juga boleh berpunca dari
sumber-sumber semulajadi seperti gunung berapi,pembakaran sisa-sisa kayu atau
jerami-jerami padi secara berleluasa. Namun demikian,bahan pencemar udara juga
boleh terhasil menerusi kegiatan di kawasan pendalaman seperti penyemburan
racun makhluk perosak,perlombongan yang menghasilkan habuk atau amalan
pertanian seperti pendebungaan dan penyemburan baja secara penyerakan habuk
atau debu akibat tiupan angina,letusan gunung berapi,tiupan wap air oleh ombak
dan sebagainya.
KESAN PENCEMARAN UDARA
KESIHATAN MANUSIA
Kesan utama kepada kesihatan manusia adalah system
pernafasan. Gas-gas seperti karbon monoksida akan meracuni system pengangkutan
oksigen dalam darah akan melambatkan tindakbalas manusia sehingga menyebabkan
mengantuk,penyakit lelah dan mengurangkan fungsi paru-paru. Bahan tercemar
seperti nitrogen oksida akan menyebabkan edema dan pendarahan pulmonary.Contoh
bahan tersebut ialah gas ozon,ia boleh menimbulkan inflamasi pada
paru-paru. Manakala habuk,asap,kabus,wap ataubahan-bahan lain juga akan
menjejaskan mata dan penglihatan manusia. Hasil kajian Pertubuhan Kesihatan
Sedunia(WHO)menyatakan sebanyak tiga juta manusia mati setiap tahun disebabkan
oleh pencemaran udara. Ini menunjukkan,ia adalah tiga kali lebih tinggi daripada
jumlah kematian yang disebabkan kemalangan kenderaan di jalan raya.
TUMBUHAN
Selain itu,kesan kepada tumbuhan adalah seperti mengalami
kerosakan seperti nerosis iaitu keguguran daun,klorosis iaitu pertukaran warna
dan pertumbuhan terbantut. Kesan ini akan menyebabkan bumi kekurangan sumber
makanan dan ekonomi sebahagian penduduk juga akan mengalami masalah.
HAIWAN
Manakala kesan pada haiwan ialah,haiwan tersebut akan
terancam atau mati akibat dari pencemaran udara. Hal ini terjadi disebabkan dari
udara yang memasuki ke dalam paru-paru haiwan melalui pemakanan haiwan tersebut
dari sumber tumbuhan yang tercemar akibat daripada pencemaran udara.
BAHAN
Kesan kepada bahan juga adalah kerosakan yang berlaku akibat
daripada pencemaran udara seperti kekotoran pada pakaian, Pencemaran pada
permukaan dinding bangunan dan sebagainya. Hal ini disebabkan akibat daripada
pengenapan asap atau zarah halus. Selain itu,hakisan logam juga merupakan kesan
daripada pencemaran udara akibat kehadiran sulfur dioksida didalam udara.
PENYUSUTAN LAPISAN OZON
Pencemaran udara akan menyebabkan berlaku pemanasan global
akibat penyusutan lapisan ozon yang melindungi bumi daripada sinaran terus
cahaya matahari. Pendedahan terus oleh cahaya matahari boleh menyebabkan
penyakit kansere kulit. Selain itu,pancaran matahari yang terik juga boleh
menyebabkan berlakunya pencairan ais yang terletak di bahagian kutub bumi
sehingga menyebabkan berlaku ketidakseimbangan ekosistem di dunia pada masa
kini.
HUJAN ASID
Pencemaran udara juga boleh menyebabkan berlakunya Hujan
asid. Hal ini disebabkan oleh penggabungan gas sulfur dioksida dan nitrogen
oksida dengan air hujan dan kemudiannya menjadi asid sulfuric dan asid
nitric. Asid tersebut akan terkumpul di dalam awan kemudiannya bergerak ke
tempat-tempat lain. Asid tersebut akan turun bersama-sama dengan hujan dan terus
menimpa pada permukaan hidupan yang terdapat di dunia. Akibat daripada itu,ia
akan membunuh tumbuhan dan juga hidupan air. Selain itu,ia boleh menghakis
pakaian,kertas dan bahan binaan bangunan. Air hujan tersebut juga akan meresap
ke dalam tanah sehingga menyebabkan kaliti tanah berkurangan dan menjadikan
tanah tersebut tidak subur dan megalami kerosakan struktur tanah.
KESAN RUMAH HIJAU DAN PEMANASAN GLOBAL
Kesan yang paling ketara yang sedang hangat dibincangkan
oleh masyarakat ialah kesan pemanasan global yang disebabkan oleh kesan rumah
hijau. Pemanasan global berpunca daripada kenaikan suhu bumi dan penipisan
lapisan ozon yang dapat dirasakan oleh seluruh dunia. Kenaikan suhu bumi ini
disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida dan terkumpul di dalam
udara. Gas karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi
terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitarannya menjadi
panas. Kesan ini akan menyebabkan,permukaan bumi menjadi panas,ekosistem terganggu,banjir
aksn berlaku secara kerap dan kejadian alam yang tidak normal akan berlaku.
ATMOSFERA
Pencemaran udara juga dapat member kesan terhadap
atmosfera. Hal ini menyebabkan jarak penglihatan manusia terjejas yang
disebabkan oleh jerebu. Keadaan persekitaran yang berjerebu akan menyebabkan
kemalangan mudah berlaku
Review of Baccarat by Casino Site - LuckyClub
ReplyDeleteThe Baccarat variation consists of 52 cards and 카지노사이트luckclub 8 fixed suits, but includes four suits. They also have six cards, 4 ace, and 2 spades. The player