Tuesday 3 February 2015

Teknologi maklumat

Definisi

Tujuan asal kemajuan teknologi maklumat adalah untuk memindah, menyebar dan memaparkan maklumat. Pada mulanya, teknologi maklumat merupakan sebagai satu perantaraan untuk mengedarkan pelbagai jenis maklumat untuk tujuan yang berlainan. Sebagai contoh seperti pengiklanan, pemberitahuan dan telekomunikasi. Kemajuan teknologi lebih kepada bentuk fizikal seperti buku dan kertas serta bentuk suara visual dan pergerakkan. Teknologi malumat tidak terhad kepada internet dan computer sahaja, malah juga melibatkan televisyen, telefon mudah alih, fax telegram, PDA dan sistem satelit dalam menyampaikan maklumat kepada pengguna

Kesan Teknologi Maklumat

kebaikan

1. Memudahkan kerja seharian

            Proses perniagaan semakin mudah masa kini. Proses tersebut dapat disiapkan dalam beberapa minit sahaja dan juga dapat dikemaskini dalam beberapa masa yang singkat meningkat arus teknologi. Satu lagi teknologi yang dapat dilihat dengan jelas yang telah memudahkan kerja, adalah mesin parut kelapa. Pada zaman dahulu, orang lama hanya menggunakan kukur kelapa untuk memarut kelapa. Caranya dengan menggunakan kedua belah tangan dan mengambil masa yang lama serta tenaga yang banyak.

2. Menjimatkan masa

            Teknologi maklumat banyak memberi kesan positif kepada para peniaga. Hal ini disebabkan perniagaan mampu beroperasi tidak kira masa dan tempat serta membuat pembelian dari negara yang berbeza dalam keadaan mudah dan selesa. Dengan ini masyarakat dapat merasai dan menikmati perkhidmatan dan penghataran ke muka pintu. Jelaslah disini teknologi banyak membantu peniaga meluangkan lebih masa. Selain itu, pennguna boleh mendapatkan bermacam-macam maklumat hanya satu klik sahaja. Itulah di katakan sebagai maklumat tiada sempadan.

3. Keberkesanan kos

            Proses perniagaan yang menggunakan peralatan mesin-mesin yang dapat membantu proses produktiviti. Cara ini membolehkan para peniaga mendapatkan pulangan yang tinggi kerana kurang tenaga pekerja yang perlu dibayar. Pada masa yang sama, ia juga dapat meningkatkan produktiviti yang mana meningkatkan keuntungan kepada perniagaan.

4. Mengurangkan jurang budaya

            Malaysia mempunyai pelbagai kaum sekaligus mewujudkan pelbagai jenis budaya. Teknologi maklumat telah membantu mengurangkan jurang budaya dengan membantu golongan masyarakat dari budaya yang berbeza untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Cara ini juga membolehkan pertukaran idea dan pandangan daripada pelbagai kaum dalam menigkatkan kesedaran dan mengurangkan prejudis. Sekaligus menyahut gagasan 1 Malaysia.

5. Membantu dalam bidang perubatan

            Dalam sesuatu keadaan, pesakit kadang kala tidak perlu berjumpa dengan doktor. Hal ini kerana dengan wujudnya tele-perubatan, doktor cuma perlu memeriksa pesakit melalui sintom-sintom yang diberitahu oleh pesakit. Dengan ini, doktar dapat lebih menumpukan perhatian dalam kes yang mana pesakit tidak dapt memeriksa sebarang sintom.

6. Membantu dalam pendidikan

            Kemajuan teknologi maklumat sangat membantu guru dan pelajar di sekolah semasa sesi pembelajaran dan pengajaran. Hal ini kerana dengan wujudnya penggunaan komputer dalam pengajaran dengan menggunakan Arahan Program. Pelajar akan diajar mengikut Kadar dan tahap yang boleh diterima oleh mereka. Perkara ini juga penting kerana supaya pelajar tidak tercicir dan mudah putus asa. Ini juga merupakan satu usaha untuk menarik minat para pelajar untuk handir dan belajar disekolah. Hal ini kerana, generasi baru amat menggemari kemajuan teknologi pada masa kini.


Keburukan

1. Hak persendirian

            Teknologi komunikasi menjadi semakin pesat mengikut peredaran zaman yang semakin maju. Hal ini menjadikan proses komunikasi menjadi semakin cepat, mudah dan lebih selesa. Walaubagaimanapun, ia juga membangkitkan isu hak persendirian, kemajuan dunia ini juga membuat masyarakat berasa khuatir terhadap maklumat peribadi mereka apabila didedahkan menjadi maklumat peribadi mereka apabila didedahkan menjadi maklumat awam. Ini kerana kemajuan teknologi ini membenarkan pencerobohan data-data persendirian yang di simpan di dalam komputer atau telefon bimbit oleh orang yang tidak bertanggungjawab.

2. Pengaruh budaya

            Kebanyakan remaja pada masa sekarang terikut-ikut dengan gelagat, cara pemakaian dan mengikut gaya budaya barat. Baru-baru ini beberapa orang perempuan muslimah telah memilih untuk membenarkan lelaki bukan mahram memeluk malah ada yang mencium. Hal ini jelas pemikiran sesetengah orang Malaysia sudah terikut-ikut dengan budaya luar. Perkara tersebut hanya disebabkan perkembangan teknologi itu sendiri.

4. Plagiarisme

                Kemajuan teknologi maklumat mememudahkan manusia mencari pelbagai maklumat dengan wujudnya kebebasan aliran maklumat dalam rangkaian maklumat. Oleh itu, aktiviti cetak rompak atau salin tanpa kebenaran yang lebih dikenali plagiarism akan lebih berleluasa. Perkara ini kana selalu berlaku lebih kepada pelajar universiti atau kolej.

5. Keperluan untuk celik maklumat

            Pada zaman kemajuan teknologi maklumat ini, seseorang perlulah lebih celik maklumat. Hal ini sangat membantu kerana, ia membolehkan seseorang untuk bersain dalam dunia perdagangan dan pasaran pekerjaan. Orang yang mahir dengan penggunaan internet akan lebih banyak mendapat maklumat, isu semasa dan dapt mencari maklumat dengan lebiih tepat berbanding dengan orang berpendidikan tinggi tetapi kurang pada kemahiran mencarik maklumat. Namun kecelikan maklumat ini sangat memerlukan pemikiran yang kritikal. Hal ini kerana seseorang tidak dapt menilai kualiti maklumat yang diterima daripada raangkian maklumat.

3. Pengangguran

            Kemajuan teknologi ini membuatkan setiap Negara berlumba-lumba untuk memajukan Negara dengan teknologi. Hal ini kerana, teknologi menjadi pengukur majunya sesebuah negra. Kemajuan juga merangkumi kuasa bahasa komunikasi perniagaan iaitu Bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris dijadikan bahasa primer dalam semua aspek seperti pembelajaran dan sebagainya. Peningkatan pengangguran kerana berlakunya “dounsizing” dan “outsearching”. Hal ini secara tidak langsung menambahkan kadar penganggur yang kebanyakannya terdiri daripada pekerja mahir dan separa mahir. Selain itu, penggunaan peralatan pemesiran yang lebih canggih elah menggantikan kerja-kerja peralatan yang dilakukan oleh mereka.

Cara mengatasi

1. Peranan ibu bapa

            Ibu bapa perlu memantau perkembangan anak-anak mereka dalam penggunaan teknologi maklumat. Hal ini berkaitan ialah penggunaan kemudahan internet. Material seperti lucah, ganas, ideology negatif ekstrem dapat disalurkan secara mudah ke dalam pemikiran anak-anak mereka. Ini kerana perkembangan teknologi banyak terdedah kepada generasi baru iaitu generasi Y. Pendidikan utama anak-anak adalah pendidikan dari rumah. Oleh itu, ibubapa boleh membentuk sikap anak-anak mereka. Pembentukan sahsiah yang baik dalam diri anak-anak dapat membiasakan diri mereka untuk menggunakan teknologi tersebut ke arah kebaikan seperti meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam diri mereka.

2. Kempen kesedaran

            Kempen tentang kesedaran penggunaan teknologi secara positif haruslah diadakan dikalangan masyarakat. Melalui cara ini, masyarakat akan lebih terdedah dan akan mengetahui tentang kewujudan beberapa hukuman jika berlaku penyalahgunaan teknologi seperti Akta Jenayah Komputer 1997  dan Akta Multimedia 1998. Kempen ini juga memberi ruang dan pengetahuan yang lebih mendalam tentang pengunaan sesuatu teknologi. Hal ini disebabkan generasi baru sekarang kebanyakannya malas untuk berfikir. Oleh itu, dengan cara ini juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan mereka tentang teknologi maklumat. Melalui cara kempen yang lebih berkesan ialah dengan mendedahkan beberapa contoh berkenaan individu yang telah ditahan serta nyatakan hukuman yang telah beliau terima. Sesuatu kaedah perlu lebih jelas walaupun tidak terlalu terperinci.

3.Campurtangan kerajaan

            Dalam beberapa hal, pihak kerajaan perlulah peka dengan isi kandungan internet agar pihak yang berkuasa dapat dapat mengambil tindakan segera bagi memaklumkan kesahihan aklumat yang disampaikan kepada rakyat. Namun initidak bermakna kemakluman kerajaan merupakan kata putus. Rakyat jugak harus diberi peluang untuk memberi maklum balasberkenaan isu tersebut  melalui saluran khas untuk tujuan tersebut.

4.Kesedaran diri

            Setiap individu perlu sedar tentang cara penggunaan dan kesan sesuatu teknologi. Sikap individu perlu berhati-hati dan berwaspada tentang segala data yang disimpan didalam kemudahan teknologi yang sedia ada. Individu perlulah sedar baik buruk tentang sesuatu penggunaan teknologi maklumat. Selain itu, mereka patut mengetahui tentang akibat salah guna teknologi pada diri mereka.

Kesimpulan
            Secara konklusinya, teknologi maklumat ini mampu membawa banyak perubahan yang baik mahupun buruk dalam kehidupan seharian. Induvidu itu sendiri perlu sedar pentingnya satu-satu teknologi maklumat dalam diri mereka. Penyalahgunaan teknologi maklumat boleh membawa padah kepada diri mereka sendiri. Teknologi diakui dan setuju dengan dakwaan bahawa tenologi ini  memberikan kebaikan kepada semua pihak, tetapi tanpa disedari ia juga telah memberikan impak yang telah memberikan impak yang lebih besar kepada msyarakat.

Nama pelajar

  • MUHAMMAD ZULAMIRUL AKMAL BIN MOHD ALI ( 25ENS13F2009 )
  • NURUL SAIDATUL AMIRA BINTI DURAHMAN ( 25DNS13F2023 )
  • SITI NURHIDAYAH BINTI ZAINI ( 25DNS13F2002 )
  • NUR AFIQAH BINTI AZIMI ( 25DNS13F2046 )